Melalui MyBSN, anda boleh menikmati pelbagai faedah, antaranya:
- Semak Baki Akaun: Anda boleh semak baki akaun Bank Simpanan Nasional dengan mudah melalui portal MyBSN di www.mybsn.com.my.
- Pindahan Wang Secara Online: Anda boleh membuat pindahan wang secara dalam talian ke akaun lain termasuk Maybank Online, RHB, Affin Online Banking, Bank Islam Online, CIMB, Public Bank PBE, dan banyak lagi.
- Bayar Bil Utiliti: Melalui MyBSN, anda juga boleh membayar bil utiliti dengan mudah tanpa perlu beratur panjang di cawangan bank.
Dengan MyBSN, semua urusan perbankan anda boleh diuruskan secara dalam talian tanpa perlu bersesak di mesin ATM atau beratur di kaunter bank.

Cara Semak Baki Akaun Melalui MyBSN
Anda boleh semak baki akaun BSN melalui MyBSN dengan beberapa kaedah:
- Melalui Portal MyBSN: Log masuk ke portal MyBSN di www.mybsn.com.my, pilih menu “My Account”, kemudian pilih “Account Balance” untuk semak baki akaun anda.
- Melalui SMS: Daftarkan nombor telefon anda dengan BSN untuk menerima maklumat baki akaun melalui SMS. Taip “BALM-PIN” dan hantar ke nombor 36898.
- Melalui Mesin ATM: Anda juga boleh semak baki akaun anda melalui mesin ATM BSN dengan memilih pilihan “Maklumat Baki” dan memilih akaun anda.